Pembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia

Pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 telah menyebabkan keadaan Malaysia pada masa kini lebih stabil dari segi keadaan ekonomi dan sosialnya walaupun terdapat beberapa tahap perubahan yang Tanah Melayu harus lalui yang mana perjalanannya telah menggunakan masa dan tenaga daripada pelbagai pihak untuk menjayakan pembentukan Persekutuan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.